ROLLTI BUKA CAWANGAN KETIGA DI PAVILION ELITE, INOVASI ROTI CANAI GULUNG MENGGIURKAN
Tiada siapa mampu menolak keenakan hidangan sarapan pagi popular di Malaysia seperti roti canai, ditambah pula jika dicicah dengan kuah kari atau dal pasti memuaskan sensasi rasa di dalam mulut bagi setiap suapan.
Maka tidak hairanlah apabila tahun lalu, roti canai mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila disenarai menduduki tangga kedua makanan terbaik di dunia.
Kini, banyak makanan yang diberi nafas baru dengan pendekatan lebih kontemporari, dan roti canai juga tidak terkecuali.
Terbaharu, Rollti mencetuskan sensasi apabila menampilkan roti canai yang telah diberi tambah nilai. Perubahan itu telah menarik perhatian ramai terutama dalam kalangan peminatnya di Malaysia.
Masakan tidak, selain digoreng garing, roti canai sentuhan Rollti ini dilengkapi dengan pelbagai inti dan perisa yang menggiurkan. Antaranya seperti Beef Chill La Grill La, Beef Mamba Lada, Beef Rendang, Chicken Mimpi Kari, Chicken Keju Deja Vu dan banyak lagi.
Rata-rata maklum balas pengunjung yang pernah menikmati sajian menyelerakan itu memang cukup menggamit perhatian kepada sesiapa untuk mencubanya.
Restoran berkonsep grab & go
Dengan saiznya yang besar dan cukup mengenyangkan, banyak pilihan inti yang menarik dan semuanya enak dengan isi yang padat dalam setiap gulungan.
Rollti adalah restoran berkonsepkan grab & go Malaysia terbaharu yang menawarkan hidangan inovatif roti canai yang menjadi kegemaran rakyat di negara ini yang kini beroperasi di Starling Mall, Petaling Jaya; Nu Sentral, Kuala Lumpur dan terbaru di Pavilion Elite, Kuala Lumpur.
Cawangan Rollti ketiga di Pavilion Elite dibuka Mei lalu.
“Dengan permulaan perniagaan ini, kami menawarkan pengalaman baharu untuk pelanggan dengan sasaran untuk meluaskan Rollti ke seluruh negara agar semua rakyat Malaysia dapat merasai kelainan dan inovasi roti canai tradisional yang biasa dinikmati.
“Ia memenuhi keperluan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dengan memasukkan kepelbagaian dalam menu termasuk bahan-bahan halal dan inti berasaskan sayuran dalam menu,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Rollti, Keith Loh.
Proses ini merupakan gabungan teknologi dan kemahiran yang menarik untuk mencipta pengalaman berbeza dibandingkan roti biasa yang terdapat di kedai mamak, sebaliknya dengan konsep grab & go.
Minuman menyegarkan
Pelanggan juga dapat melihat bagaimana roti mereka dibuat dari awal dan disiapkan dalam masa 6 hingga 7 minit dari pesanan.
Rollti turut menyediakan minuman penghilang dahaga inspirasi tempatan diinovasikan dari minuman klasik seperti bandung, limau ais dan panda kepada frappe dan minuman penyejuk seperti soda.
Rollti – Starling Mall
Alamat :
B-008B, Level B1, The Starling Mall, No. 6,
Jalan SS21/37, Damansara Uptown, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Waktu Operasi :
10am – 10pm
Rollti – Nu Sentral
Alamat:
Lot-39, Level LG, Nu Sentral, Shopping Centre,
201, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi :
10am – 10pm
Rollti – Pavilion Elite KL
Alamat :
Lot 1.110.00, Level 1, Pavilion Elite, 166
Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi:
10am – 10pm